Wednesday 18 June 2014

What Is Life


Life sometimes cruel and unfair. Kadang-kadang tak semestinya apa yang kita impikan dalam hidup, kita akan dapat. Semua orang nak hidup senang, kaya, ada rumah besar (+bibik) hahaha ada kereta, family dll. Tapi bukan senang nak peroleh semua benda tu. Bila tengok orang lain senang je dapat apa yang diorang nak, bila reflect kat diri aku balik rasa down. Aku student UKM course Pendidikan Khas, keluar tak confirm dapat terus kerja dengan KPM. Of course la result kena GEMPAK kena DEAN LIST every semester. Memang tak dinafikan lah memang tekanan betul bila semua orang bagi harapan kat kita dan dengan keadaan kita as a student yang duit cukup-cukup je. Ada pinjaman tapi memang tak cukup.. sebab duit tu la bayar yuran, buku, stationary, duit belanja. Aku belajar hidup susah dari dulu lagi, i mean tak de la sampai mintak sedekah. Sejak aku dah ada pinjaman belajar aku sendiri, aku tak de nak msg mak or mintak kat mak duit tak cukup la ape la. sebab aku tahu mak aku pun banyak guna duit dan aku pun dah besar takde nak manja-manja. Aku belajar hidup susahnya tak de duit. Memang rasa down kadang-kadang. JPA and KPM tak sponsor course pendidikan, bila dah grad tak tentu dapat kerja. Haihh... plus boyfriend pun study jugak, sama baya pulak tu.. memang masing-masing banyak nak guna duit bila tengah belajar. So aku tak de nak demand lebih-lebih dengan dia. But sometimes kita mesti nak dia belikan apa yang kita suka, and kita pun mestilah nak hadiahkan something bila ada special event. Bila tak dapat apa yang kita nak because duit tak cukup seriously rasa down.


Even sampaikan kiterang ni kalau nak date siap kira budget lagi. Tu date biasa je! hahaha. Duit tambang, makan , wayang je dah lebih kurang rm100. Kalau korang cakap "habis tu tak payahlah ada boypreng?" aku akan explain cenggini.. Aku anak bongsu, ayah takde and adik beradik semua dah ada family. Aku duduk kat UKM selain kawan aku ada Zul je, and sometimes kita rasa down and lonely mesti kita nak cari orang yang kota selesa nak berkongsi semua jadah tu kan? kadang-kadang kawan ni bukan nak dengar sangat lagi-lagi time kita sedih mana ada nak tolong. Aku berharap dengan Zul pun atas dasar dia boleh motivate aku untuk study, bila aku down, takde mood ke. haaa cenggitu. Bila aku rasa down as bertapa susahnya hidup aku belajar erti sabar dan redha. Ada orang senang je mintak apa semua dapat, tapi tak semua orang bernasib baik.Namun aku yakin bahawa Allah lah sebaik-baik perancang.