Monday 28 October 2013

KTR & UPSI

Assalamualaikum wbt guys! Sorry sebab lama dah xupdate. Me iz very-very busy lately. Actually aku baru habis lancarkan program under KTR (kelab teater rimba) kat UKM ni. Which is our 1st time experience for KTR juniors. Memang masa perjumpaan kali pertama tu ramai join ktr. Tapi bila ada program, hehh! habuk pun tarak. So aku pun kena lah jadi ketua bagi audio. Memang kalau boleh pilih aku dah reject awal-awal audio ni, sebab aku malas nk edit-edit lagu nk cari lagu n ect. Tapi dah terpaksa sebab dah tak ada orang.

Tpi bagus jugak, aku dapat aplikasikan apa yang aku berlajar masa aku kat matriks dulu. :) Then after this lagi pro lah aku guna movie maker, audacity. Oh lupa nak habaq kang hangpa tajuk teater adalah "Harimau Malaya" dengan kerjasama bersama PALAPES UKM! Teater Harimau Malaya mengisahkan mengenai perang Gerila Force 136 dimana tentera Jepun berperang dengan tentera Melayu. Pada awalnya, tentera Jepun menyerang tentera Melayu dan tentera Jepun menang. Dan ada lah berlaku dialog antara kol. Fujiyama dengan askar Jepun, Penghulu, L, Noraini dan lain-lain.Tapi yang pasti Malaysia pada akhirnya MENANG dan BEBAS dari ancaman Jepun. Selain itu,pengalaman semasa proses persiapan teater ni adalah aku dapat kenal dengan ramai orang antaranya Abg Sam. Abg Sam ni banyak pengalaman dalam mengendalikan audio dalam acara-acara terkemuka contohnya AJL jadi dapat lah sedut lemak eh ilmu sedikit sebanyak dari abg sam ni.

So next! sabtu yang lepas seramai 40 orang pelajar dari fakulti pendidikan dari Tahun 1 sampai la ke Tahun 4 pergi lawatan ke UPSI. Sangat teruja sebab facilities kat UPSI sangat best compared to UKM! Sampaikan kami ni nak pindah masuk UPSI.  Memang beruntung pelajar pendidikan khas kat UPSI Tanjung Malim ni. Diorang dapat explore sendiri dan banyak kemudahan la diorang dapat. Kami di UKM fakulti pendidikan pun terpencil je. Tapi tak apa yang penting niat kan.















No comments:

Post a Comment