Tuesday 7 January 2014

I`am now officially 20 years old!

Wow, no more "teen". 2013 banyak kenangan pahit manis yang telah aku lalui. Antaranya, aku berjaya menjejakkan kaki ku di dalam Universiti. Teringat masa aku di MRSM Serting, uztazah ni batch kami panggil "ummi". Ummi kata, selagi awak xmasuk kaki kat universiti, jangan cari pasangan. Tapi saya dah masuk U uztazah, dah boleh cari ke? haha. Takdelah, sebenarnya uztazah suruh kita belajar sampai berjaya masuk U. Kang tak pasal-pasal kerana cinta di zaman persekolahan (darjah 1?) tak dapat masuk Universiti. Kenangan pahit, aku putus cinta. Tu jelah kot. Tak ada yang sepahit itu. ewah! Now? biarlah rahsia... New year resolution? Hm, xpernah terfikir sebab sebelum-sebelum ni pun tak terbuat dan dah lupa dah pun azam apa. Mungkin tahun ni azam aku adalah nak belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah aku lakukan. Banyak perkara yang perlu diubah dan perlu penambahbaikan dalam diri aku ni. Pengalaman yang aku telah peroleh cukup membuat aku matang dalam berfikir dan dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk. Tahun 2013 aku sangat jahil terhadap diri aku, jauh dari Allah, kurang bertahajud , tak seperti aku yang dulu ketika aku di maktab dan di matriks. Ya aku ni iman suasana, teringat kata cikgu zaid, guru kimia ku, di pernah bagi ceramah masa kami di surau, dia kata manusia ni ada 3 jenis iman iaitu iman yang kuat, iman suasana dan iman keadaan. InsyaAllah pada tahun 2014 ni aku akan berusaha untuk mencari balik apa yang telah lama aku tinggalkan. Perjalanan aku masih jauh, pelbagai onak duri yang akan aku tempuhi di masa hadapan dan adakah aku akan berjaya atau pun sebaliknya semua itu bergantung pada diri aku.

Memandangkan aku tengah exam ni aku nak cerita sikit lah pengalaman aku exam buat kali pertama dekat UKM sebagai pelajar tahun pertama bidang pendidikan khas. Sebelum tu mula masa aku di "study week", masa study week ni lah aku berhempas pulas belajar di PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) dari pagi sampai ke malam. Tu lah iklil, sebelum ni aktif program sana sini, tengok sekarang siapa susah? Aku kadang-kadang sedih jugak sebab kurang beri komitmen untuk akademik aku, dan lebih pentingkan program sana sini dengan teater lah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat "pengalaman" dan "pengalaman" itu lah membuataku tidak sama dengan orang lain yang asyik study 24 jam tak involve dalam society. Kita bergaul dengan semua orang tak salah, yang menjadi masalah apabila kita mengikut pengaruh yang jahat. Sebagai seorang pelajar Universiti masing-masing tahu menilai yang mana yang baik dan buruk, itu bergantung pada diri masing-masing nak menilai.

Pada khamis lepas adalah peperiksaan aku yang pertama di UKM, masa tu exam "Profession Perguruan" ada soalan short essay kena jawab 5 dari 8. Alahmdulillah aku dah buat yang terbaik dan apa yang aku study dan ajar kawan aku keluar exam. Teringat lagi masa mula-mula masuk ke dewan exam masa tu di DTAMS (Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh), meja aku yang ke 562. Bayangkan punyalah nervous aku masa tu samapaikan mengigil tangan ni nak tulis nama. haha. Tak tahulah kenapa, bila teringat balik macam nak tergelak rasa. Yelah kita baru first time duduk exam ramai-ramai macam ni. Ade dari fakulti lain pulak tu, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Ekonomi dan Fakulti pendidikan. FPI tu banyak bakal-bakal imam, tengok pakai kopiah putih aduhh sejuk mata tengok. Mana tak nervous! okay stop it. haha. Aku manfaatkan masa 2 jam 30 minit dengan seoptimumnya sebab first day kan jadi semangat tu masih berkobar-kobar.

Alhamdulillah kertas yang pertama dah settle, exam kedua keesokan harinya (3/1/2014) exam Pembangunan Diri. Masa ni selesema pulak memang tak tahan. Balik malam tu sakit tekak perit gila tekak ni sampaikan tidur pun xlena. Tahniah lah disebabkan keesokan harinya aku demam! Sangat stress sebab aku tak dapat nak fokus belajar, isnin ada exam dan aku xbelajar pape pun lagi. Sedangkan kawan saty up sampai 3 pagi. DOWN. Nasib ada insan pemberi semangat, alhamdulillah hari ahad tu dah kebah dan baru nak mula belajar. Tapi sebelum ni dah pernah revised dengan kawan cuma nak revised lagi lah kan takut-takut lupa. Exam Perkembangan dan Ciri Kanak-kanak Khas satu teori pun tak keluar, tahniah lah iklil dan kawan-kawan sekalian. Memang sepanjang sem ni kita tak pernah pun belajar teori-teori. Soalan KBKK banyak keluar dan ada satu soalan tu terlampau umum sangat sampaikan aku tak faham dia nk apa. Tak pe yang penting aku dah berusaha. Bukan aku tak belajar apa tah lagi berusaha. InsyaAllah Allah tolong dan Allah akan berikan yang terbaik. Kan?

Oh sebelum tu masa study week on the way nak masuk ke dalam PTSL, terpandang la sorang ni, muka mcam familiar je. La rupa-rupa nya lecturer bio aku masa kat Matriks. Beliau kini ingin melanjutkan pengajian ke peringakat "Master". Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Pn. Nadzirah. haha. Formal sangat dah ni. :)



No comments:

Post a Comment