Thursday 23 January 2014

Masak-masak

Hye uolls! Pagi-pagi lagi dah dikejutkan oleh my sunshine. *almost setiap hari actually*. Liat betul nak bangun kebiasaannya tapi kugagahi jua. So macam biasa bangun tidur kemas katil terus turun bawah ke dapur nak breakfast. On the way nak turun tu bau maggie, dalam hati kata "eh, mak buat maggie ke pagi-pagi?". Pergi la kat dapur tengok akak tengah buat maggie sebab mak tak masak today. Cait, masak untuk dia sorang je. Biasanya mak dah siap buat breakfast sebelum pergi kerja. So dengan kecewanya naik atas balik pergi cuci tandas. Perut pun bunyi-bunyi. SETEGHES! sebab aku jenis kena breakfast..

Aku dah pro cuci tandas ni sejak kecil dah train awal-awal oleh mak. haha. Bukan setakat cuci tandas je, bancuh simen pun aku tahu sukatan berapa! haha. Okay dah melalut dah ni. Lepas dah selesai cuci tandas, bersihkan diri dan turun bawah, tengok akak dia tengah siang ikan. Aku pun belajar la sikit-sikit. Then dia pg la masak ikan tu guna pemanggang ajaib katanya. Bukak-bukak je melekat! hahaha. melekat kulit satu cerita, bila nak angkat hancur! Sebab dia pakai kurang minyak or sebelum nak letak ikan tu dia tak sapu minyak awal-awal. Aku pun cakap la "Tin, macam mana nak kawen ni" FYI, dia bakal kawen bulan 6 ni. 


Tu dia ikan cik Tin. HAHA!



Gelak kau eh iklil, aku punsebenarnya tak de la reti masak di atas faktor kekangan masa. *alasan* So sejak dua menjak ni timbul rasa kesedaran untuk belajar masak balik which is the last time aku masak aku pun tak ingat. Last year kot! haha. Tapi first time aku masa masa aku form3.Okay la kan3.. :P Disebab ade pembakar semangat so aku pun try la cari recipe kat internet, tanya encik Google lah apa lagi! Tanya member masa kat Matriks kat dalam group whatsapp nak masak apa. Kelaut masing-masing, lagi-lagi Danny nih. So aku masak ikan talapia masak sambal. Aku ada lah tambah-tambah sikit ape yang patut jadi lagi sedap. So ni lah hasilnya... see see~ ;)


To be truth, kalau aku masak aku sendiri tak berselera nak makan, sebab.. ehem! Tapi kali ni, seap jugak lah. Aku tunggu mak aku balik sebab nak kasi mak rasa, Tapi balik kerja je mak naik atas. Penat agaknya. Malam mak turun and makan, then mak PUJI uolls! mak kata "mmm, sedap2". Aku berbunga-bunga dengar. Lepastu mak kata "Lil tahu kan mak susah nak puji, so kalau mak puji tu maksudnya...". Lagi ah aku kembang kuncup suma lah! haha. Aaaaa rasa tengah terbang di awang-awangan~ Tu jelah nak cerita, now nak buat "homework" which is cari recipe kat tenet. So kalau u guys tahu link-link recipe boleh share dengan aku ok ;) Bye-bye!

No comments:

Post a Comment