Saturday 18 January 2014

Cuti Sem 1!

Hey guys *ehem* Assalamualaikum wbt! So exam pun dah habis, masing-masing dah balik ke kampung halaman masing-masing. "Kampung" sangat bagi yang duduk area Selangor especially kan. So memandangkan dalam batch aku, ada beberapa student yang habis lewat sebab ada Accom (Academic communication), jadi kami yang masih berjuang di UKM ni amat terkesan dengan komen-komen rakan kami di group "UKM Pendidikan Khas intake 2113/2014" ni. Antaranya...





GOOD LUCK untuk kami T,T

See, masing-masing post ayat-ayat sedih, macam hari raya uolls. Haha. Okay for your information kami baru sem 1, tahun 1. Gaya macam dah graduate kan! Okay so kami yang stay kat UKM ni tinggal satu paper lagi which is Accom dan seriously aku tak tahu nak baca apa Accom. Just baca-baca balik latihan Pn. Aida bagi tu jela. Accom kiterang ni banyak buat presentation compared to Foundation. Diorang tak de exam kot! Just kena berlakon je. Tidak adil bukan. Malam sebelum exam member kelam kabut ketuk pintu bilik tanya format exam macam mana, Aku ingat aku yang paling worst sebab tak tahu nak study apa, tapi ada yang lagi malang daripada aku. haha. Expalain nye 10 minit je, yang lain bergossip. Eh bukan.. sesi meluahkan perasaan. Story apa cannot tell uolls lah! hehe.

The next day, exam pukul 12 pm dan aku dengan member aku Fad gerak dari Zaaba dalam pukul 11am. Masuk exam kat DTAMS (dewan Tun Abdulah Mohd Salleh) terus curi-curi baca soalan and tulis nama, no kad matrik dll. Masa jawab 2 jam, tapi ramai yang keluar. Stress aku! Tak dinafikan lah, soalan memang senang. *nasib aku tak study gila-gila*. haha. Tapi jangan ambil risiko! haha. orang legend je boleh bergossip di malam exam. Okay abaikan statement tersebut~

Walaupun soalan senang, tapi still tak ada confident nak keluar awal. Sebab masa exam aku akan beri 100% commitment untuk jawab soalan. Even dapat jawab ke, tak dapat jawab ke, duduk sampai habis masa. Setakat ni, selama exam tak pernah keluar awal lah. Bukan tak berani. no no no~ Tapi, nak berikan jawapan yang TERBAIK bagi pemeriksa. Betul salah lain cerita. Yang penting dah buat yang terbaik bukan?

So malam tu baru kelam kabut packing barang, yelah nak balik "Kampung" katakan. haha. Jadi, sekarang aku dah mula cuti sebulan and now buntu tak tahu nak buat apa. Cuma isnin depan aku join volunteer untuk zoo negara. Tak sabar nak jumpa "gang" bak kata orang tu. CISS!!  So if korang ada apa-apa idea untuk apa yang perlu aku buat cuti ni, boleh bagi komen kat bawah atau kat FB. Bye-bye!




No comments:

Post a Comment