Tuesday 10 September 2013

UKM here i come!

Hello & Assalamualaikum! So malam yg dingin (cewah) ni aku nak story sikit pasal my FIRST YEAR, FIRST SEM kat UKM ni. So sementara ada masa lapang ni aku nak cite sikit la pasal minggu orentasi dan sikit2 pengalaman aku kat UKM ni. Pada tanggal 1/9/2013 bersamaan dengan hari ahad aku begelar mahasiswa UKM. Perasaan excited bila sampai kat UKM ni tak de la "berkobar2" mana pun sebab nya sebelum dapat UKM ni aku dah datang dah UKM ni untuk attend interview untuk bidang pendidikan lah.

Pertama sekali aku bersyukur kerana aku antara salah seoramg daripada beribu-ribu org yang mintak UKM yang terpilih untuk menjadi pelajar UKM (alhamdulillah). Bagi pengetahuan anda semua, aku ni darik Fakulti pendidikan(Pendidikan Khas). Majoritinya course aku ni budak STPM. tp aku mls jek nak panggil "akak". Lepak-lepak dah a sebab sama2 baru masuk kan. haha. Lagipun diorang pun expect aku sama baya dengan diaorang melainkan yang tanya betul2 aku ni umur berapa tahun. kihkihkih.

My first week was orientation day kat sini diorang panggil MPP(minggu "mesra" pelajar). Minggu MPP ni bagi aku ada sesetengah la yang berbaloi join. Yang lain aku rasa macam merapu and aku apa lagi skip je lah. Lagipun aku ada "sebab" nak skip sbb aku demam kot first day kat UKM ni. Horrible sungguh! Then lepas dah kebah sikit demam tu aku diarrhea pulak. Memang awesome lah kan. Elok pulak aku xde roomate masa tu, memang heaven la duduk sorang2 xde sapa nak kacau. haha. Ala! Tapi sekarang aku dah ada roomate. waaaa! :'( But doesn`t matter la aku pun xkisah ade roomate ke apa.

Next!! Tadi bermulalah first class aku dengan Dr. Zamri. Kuliah pasal Profesion perguruan. kursus ni memang wajib diambil semua bakal2 cikgu oke. Tapi dalam kelas tadi xde pape sangat je pun.Cuma yang penting kena selalu up to date pasal i folio la takut2 ada class dismiss ke. Ha! pastu kiterang kena daftar kursus. How does it feels like when xde sapa nak guide kiterang untuk daftar kursus ni? Nasib la aku join group Fak. Pendidikan kat FB so ade la terjumpa snior bagi example dia punya jadual first year dia. So aku just follow jek la.

P/s: Visi aku untuk masa terdekat ni untuk build up condidence level aku and able to SPEAK OUT. Oh pengalaman pertama direject oleh batch untuk jadi penolong batch. haha. takpe2 *kesat air mata*, dapat jadi ketua bagi kelas Kreativiti Kraftangan dan Accademic Communication pun jadilah. haha.

No comments:

Post a Comment